CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, March 1, 2010

Permata Hati buat Nor Syamim Aiza yang disayangi...

Dunia saya sewaktu bersama awak dirasakan amat luas....
Awak adalah anugerah Tuhan yang tak ternilai buat saya...
Biarpun cinta ini sudah tidak wujud dalam diri awak...
Namun, awak tetap wujud dalam dalam diri saya
Saya sayang awak lebih dari segalanya
Saya mencintai awak dengan setulus hati
Tatkala setiap lafaz cinta dan sayang terucap di bibir ini
Memiliki awak adalah amanat yang harus saya jaga sebagaimana Tuhan menciptakan Adam untuk
Hawa...

Biarpun saya tiada di sisi awak lagi
Saya harap awak tidak pernah lupa akan diri ini yang sentiasa mencintai awak sampai hembusan nafas saya yang terakhir...
Ya Allah kau ampunkanlah semua dosa-dosanya...
Engkau berikanlah kebahagiaan kepadanya di dunia dan akhirat...
Kalau Tuhan mentakdirkan peluang kedua ingin rasanya sekali lagi saya harungi hidup ini bersama awak di dalam satu keadaan yang berbeza di mana awak benar-benar mencintai saya dan menyayangi saya sepenuh jiwa dan hati awak.
Andai terjadi, saya dapat rasakan bahawa sayalah manusia yang paling bertuah dapat memiliki awak.
Tapi, percayalah biarpun sehari malah sesaat pun, awak tetap di hati saya.
Saya tahu kebencian awak pada saya tidak akan hilang.
Begitu juga dengan cinta saya.
Ianya tidak akan pernah pudar.
Andai diberi peluang sekali lagi, saya mahu teruskan hidup ini bersama awak Nor Syamim Aiza yang amat kucintai.
Nama awak sudah terpahat di dalam hati saya.
saya memohon sejuta kemaafan kepada awak dan halalkanlah makan minum dan kasih sayang yang awak telah berikan kepada saya buat kali yang terakhir...
Terima kasih SAYANG buat segalanya....

-Muhammad Faiq-

0 comments: